Monday, July 12, 2010

Lesung Kaki atau Lesung Hindek

Selesai je mandi dan basuh kain....ibu Tok Aki pun menjunjunglanglah baldi air minuman sambil mendukung adek, sementara adek Tok Aki yg perempuan pula mengilek bakul kain basahan sambil membimbit raga sabun yg di buat dari tin sadin.

Sampai je di umah.... ibu Tok Aki letakan baldi air ni di tangga paling atas dan di tutup ngan daun keladi.... takut jin berak katanya. Lepas tu ibu Tok Aki membantu adek perempuan Tok Aki menyidai kain. Selesai menyidai kain, baru ibu Tok Aki naik kerumah dan menyimpan air menuman kedalam tempayan. Lepas tu ibu Tok Aki bersiap.... perhhhhhhh lawa ooooo ibu Tok Aki..... Tok Aki teringatkan bedak sejuknya......

Selesai bersiap baru ibu masuk dapor.....sambil mulutnya bising supaya adek-adek Tok Aki yg lain menggantikan Tok Aki menunggu padi jemuran. Ini giliran Tok Aki pula mandi di sungai. Di sebelah bawah empangan ade lubuk yg dalam.... Tok Aki panggil lubuk rambutan. Dalam airnya sekitar 5 kaki. Tok Aki dengan kawan-kawan Tok Aki nama Marzuki dan Zee Wak Musa mengambil kesempatan ni mandi sepuas-puasnya. Kalau hari biasa kene mengasuh adek.......

Zee panjat pokok rambutan...lepas tu Tok Aki pula panjat.....Tok Aki panggil Marzuki dari atas pokok rambutan.....Zee dan terjun....berdebor bunyi air bila Zee terjun tadi. Marzuki dah sampai dahan besar dan bersedia utk terjun..... Tok Aki kata jom pi depan lagi, di hujung julai tu kalau terjun..betul-betul tengan lubuk..... Tok Aki ngan Marzuki pun menjulailah sampai ke hujungnya.....belum sempat nak terjun.....tetibe je dahan rambutan telah patah dan kami jatuh kedalam lubuk tu bersama-sama dahan rambutan.....tp rasa tak takut sebab jatuhnya perlahan sahaje......

Selesai mandi...Tok Aki ajak Zee ngan Marzuki lepak ngan Tok Aki tunggu padi. Mereka okey je. Sampai di umah kami terus ke tempat padi jemuran..... tetiba adek Tok Aki datang dengan tikar dan terus di bentang di bawah pokok limau Tok Ali...... huhhhhh bukan main seronok adek-adek Tok Aki..... bersila menunggu nasi tiba. Adek perempuan Tok Aki bawa setalam lauk dan nasi...... memang seronok berkelah sambil menunggu padi jemuran.

Selepas makan....ibu Aki mengangkat padi jemuran dan padi di taruh didalam bakul. Tiba waktu magrib sekali lagi Tok Aki amndi sungai ngan kawan-kawan. Selesai solat dan makan malam...ibu membawa pelita ayam turun kebawah rumah.... Tok Aki pun ikut sama. Tp adek-adek ibu tak bagi turun.....

Ibu tuangkan padi jemuran tadi kedalam lesung. Tok Aki terus je ke ekor lesung memijaknya dan bergemalah malam itu bunyi lesung silih berganti dengan tapian badi......Zee dan Marzuki datang menulong Tok Aki menumbuk padi..........selepas di tampi.....maka terpisahlah antah, sekam dan beras...... ibu mengambil beras disimpan kedalam bakul..... antara beras dan antah rupenye ade satu lagi sisa beras hancur yang di panggil melukut. Ibu kata melukut ni nak di beri makan anak ayam yg baru menetas yg di panggil didik.

Pesan ibu pada Tok Aki...... jangan sesekali menjadi melukut di tepi gantang,,,,,ade tak menambah dan kurang tidak menjejas...... jadilah orang yang berjasa pada Agama, Bangsa dan Tanah Air........Tok Aki rindukan emping yang ibu buatkan.
Rumah Padi, Kepok Padi atau Jelapang semuanya membawa maksud yg sama ianya adalah tempat menyimpan padi. Cerita bakul semalam adalah berkaitan. Padi akan di angkut dan di simpan didalam rumah padi ini. Lantainya papan dan di alas dengan tikar. Rumah padi tidak bertingkap dan pintunya pula papan yg si selit melintang. Papan pintunya boleh di buka sekeping demi sekeping mengikut paras padi di dalamnya.

Gemal-gemal padi di simpan bertindeh-tindeh. Di bahagian atas rumah padi ini selalunya di buat para, di atas para ini di simpan bakul, tikar dan peralatan pertanian dan juga tempat pisang di peram.

Di bahagian luar juga di jadikan tempat menyinpan segala tajak dan cangkul dan peralatan tenggala dan di penjurunya selalu di gantung tali untuk menyimpan sabut. Sabut ini di gunakan untuk membakar kuih bengkang ubi kayu atau membuat kuih baulu atau kuih bakar semasa hampir hari Raya.

Tok Aki suka bermain di sekitar rumah padi ni, tiangnya rendah dan banyak tikus. kalau Tok Aki dapat tikus.... mati Tok Aki kerjakan. Kekadang Tok Aki akan ikat tengkoknya dengan tali dan di tarik merata tempat di mana Tok Aki bermain.

Selalunya di hujung musim menuai ni masih lagi musim panas. Hari sabtu da ahad Tok Aki x bersekolah. Pepagi lagi ibu Tok Aki dah mengomel minta Tok Aki dan Abang bangun menjemur padi. Abang Tok Aki selalu mengelak dari masuk kerumah padi..... bukan dia malas, tp kerana miangnya. Selalunya Tok Aki lah menjadi mangsanya masuk kedalam rumah padi dan mengambil beberapa gemal padi.

Abang Tok Aki telah membentangkan tikar dan gemal padi di tuang dari bakul ke atas tikar. Adek-adek yg masih berkelumbung ngan kain pelikat di sebabkan sejuk duduk mencangkung di sekeling tikar. Gemal padi selunggok di atas tikar. Lepas tu ibu Tok Aki mengambil kain batik dan di balut kepalanya mcm orang minang dan ibu mula menghirek gemal-gemal padi tu. Tok Aki pun hireklah bersama ibu......

Selepas selesai semua itu padi tadi di pindah kekawasan lapang utk di jemur..... rumah padi tadi di tutup semula...... selepas padi di jemur, ibu mengarahkan Tok Aki atau Abang menunggu padi jemuran ni supaya tidak di makan ayam. Ibu akan membawa adek-adek dan sebakul kain pergi kesungai utk di basuh dan adek-adek pula mandi bekejaran di sungai berpasir separas betis airnya....... nnti Tok Aki cerita pula menumbuk padi di malam hari.


Sunday, July 11, 2010

Bakul

Kadang-kadang Tok Aki ketawa sendiri bila dengan cucu-cucu Aki kata "masuk bakul angkat sendiri".... bila Tok Aki tanya cu.!!!!! bakul tu mcmana? masing-masing mengelingkan kepala.

Zaman Tok Aki sebaya kamu cu...., berbakti pada org tua adalah impian setiap anak.... Tok Aki akan berbuat apa saja denganhati yg ikhlas membantu Mak dan Ayah Tok Aki.

Zaman dulu, beras x beli..... kami tanam sendiri. Ada dua kaedah tanaman padi....satu padi sawah dan satu lagi padi huma. Bagi setiap satu koga orang Melayu, mereka ada sebidang sawah. Ia di tanam mengikut musim. Begitu juga padi huma. Tp padi huma atau padi bukit ni ia di tanam di tanah-tanah yg baru di teroka..... nanti Tok Aki akan ceritakan bila sampai masanya nanti. Hari ni kita cerita pasal bakul.

Bakul ni banyak di gunakan bila sampai musim menuai. Zaman Tok Aki mereka kreatif, semua bende di buat sendiri. Kita rasa malu kalau kita gunakan barang yg di buat oleh org lain. Bakul ni di buat dari "mengkuang atau pun rotan". Dia ada pelbagai saiz,..... dari saiz segantang hinggalah kepada saiz lima gantang. Dulu kita tak pakai mesinmcm sekarang menuai padi.... tp kita pakai kaedah mengetam....apabila kita maju sedikit cara berfikir....kita gunakan "tong memukul padi" lepas dua kaedah ni barulah kita gunakan mesin.

Semasa mengetam, ibu Tok Aki akan mengepit bakul ini di ketiak sebelah kiri..., sementara "ketaman" di buat dengan tangan kanan. Nanti Tok Aki akan tunjukan alatketaman ni. Apabila bakul dah berat, ibu Tok Aki akan letakan bakul ini kebawah dan tangkai padi ni cantum dan di ikat dengan menggunakan batang padi juge.....ikatan ini di panggil "gemal". Tok Aki suke mengambil batang-batang padi yg telah di ketam ni yg di panggil jerami dan Tok Aki jadikan serunai......

Apabila semua gemal padi tadi terkumpul, ia akan di pindahkan kedalam bakul yg lebih besar. Tok Aki akan membantu ibu mengangkat bakul ketas kepalanya, maka berjunjunglah bakul itu di atas kepala ibu Tok Aki. Ibu Tok Aki terrer tau..... dia boleh buat gaya bebas dengan bakul itu x payah di pagang. Sambil itu...Ibu mampu lagi mendukung adek bungsu Tok Aki nama Ridzuan, kini tinggal di Tawau Sabah.

Sampai di rumah padi ini bersama bakulnya akan di simpan dalam kebuk yang di panggil "Rumah Padi". Apabila hendak di jadikan beras....sekali lagi bakul di gunakan untuk membawa padi ini kelur dari rumah padi..... ibu akan bentangkan tikar dan padi ini Tok Aki akan pijak beramai-ramai bersama adek-adek.... proses ni di panggil menghirek padi. Selepas padi ni relai dari tangkainya... ia di masukkan kedalam bakul dan di jemur sebelum di tumbuk dengan lesung kaki atau lesung hindek..... nanti Tok Aki sambung lagi dengan cerita lesung kaki pula. Ini pantunnya mengenai padi.

Di irek hanyalah padi
Mari di irek si gadis desa
Yang baik hanyalah budi
Di kenang hanyalah jasa.

Saturday, July 10, 2010

Dapor Kayu Acu

Ini dapor kayu umah Acu.....cerita panggah kayu adalah berkaitan. Semasa kecil, Aki suka menunggu dapor konon menulung Mak padahal mengacau yg lebih....kalau musin hujan kayu susah sikit nak menyala....pas tu emak suruh meniup api dengan buluh atau besi bulat berlubang yg Aki panggil "serombong" atau "teropong". Bila di tiup maka berkepulah abu dapor berterbangan......

Selalunya dapor kayu ada dua tungku. Satu utk mask nasi dan satu lagi utk masak gulai. Emak Aki masah nasi dlm periuk tanah dan gulai pula emak buat dalam belangan yg juga di buat dari tanah. Kalau musim minyak beku.... minyak yg selalu di simpan dlm botol nescaffe tu mak akan "diangkan" di tepi tungku, dlm 3 atau 4 minit dia akan cair. Sambil Emak memasak nasi atau gulai ni kekadang sempat lagi Emak panggangkan ikan.

Anak keli atau haruan yg di tangkap di sawah....Mak selalu panggangkan dengan semanggang buluh. Selepas masak...Mak akan picitkan ikan ni bersama air asam utk di cicah ngan taruk labu, pucuk paku, jangtung pisang dan ape-ape ulam yg boleh di rebus......asamnya.....perhhhhhh tentulah asam belimbing buluh atau buah mempelam yg di rebus.....cili juga di rebus...... Tentu cucu-cucu x pernah rasa anak seluang di masak lemak dengan belimbing buluh yg di buang airnya. Air asam di cicah ngan pucuk-pucuk ulam yg di rebus...... dan goreng kangkung ikan bilis........

Sedapnya masakan Mak....masih terasa hingga kini...... sesedap mana pun nasi kandar atau Mc D atau Kopitiam.... kalu di ulang makan seminggu... Aki rasa termuntah kita. Tp umur sedemikian(emak dah pergi 11 ayah 7 tahun) aki makan masakan Mak... tak pernah pun Aki termuntah..... enak sungguh di makan begitu saja...... ohhhh..... rindunya....masakan ibu tiada tandingnya.


Friday, July 9, 2010

Ini anjung umah Tok....rumah Melayu Perak lazimnya ada 3 tangga. Tangga Anjung, tangga tengah dan tangga dapor. Pintu tangga anjung hanya dibuka dihari-hari tertentu sahaja.....Raya, kenduri dan sewaktu ramai org di sebabkan sesuatu peristiwa.

Tangga tengah adalah tangga di bahagian penyambung rumah antara dapor dan Anjung(rumah ibu). Di bahagian atas ruang ini selalunya ada salur air yg besar..... pintu di tangga ini selalu di buka, samalah juga pintu di bahagian tangga dapor.

Di anjung umah Tok (kini dah menjadi umah Acu) di siapkan dengan ampaian sejadah.... songkok di sangkutkan pada tanduk rusa.... Aki selalu solat di bahagian dapor..... dan selalu Acu mengingatkan supaya solat di anjung....... dulu, Tok selalu duduk di tepi tingkap sambil menghisap curut cap tekoh. Tok selalu memerhatikan kami bermain-main di halaman umahnya yg berkongsi laman ngan Pakcik. Tetiba Tok bersuara dengan suara garaunya ....."mike ingat...nanti kete akan sampai kesini..."...semua terdiam....lepas tu sambung main semula.

Manakan mungkin kereta hendak dibawa menyeberangi Sungai Perak. Akhirnya tahun 1986 dengan Jambatan Bukit Sapi yg belum siap itu Aki membawa pulang dua anak dan seorang Isteri dengan kereta Mazda BAU 1349 sampai di halaman umah Tok...... Pakcik mengalirkan airmata....Pakcik berkata pada Acik "Na....betul kata Pak....sampai sungguh keta di hadapan umahnya".......tp sayang, Tok telah lama pergi....anjung ini meninggalkan seribu kenangan Aki bersama Tok Ismail bin Md. Shah bapa kepada Almarhumah Ibu Aki Fatimah bt Ismail ......... Al-Fathihah......

Google Book: Pemburu Bintang Tiga

http://books.google.com.my/books?id=QLwNSYk7PTIC&pg=PA35&lpg=PA35&dq=Kampung+Chepor&source=bl&ots=PSYMKmpbAy&sig=Rh_rO4tNdCjWLfSmXyMTBMIv4Hg&hl=en&ei=56I2TLK_Kc-HkQWpsL3EAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=8&ved=0CEQQ6AEwBw#v=onepage&q=Kampung%20Chepor&f=false