Monday, July 12, 2010

Rumah Padi, Kepok Padi atau Jelapang semuanya membawa maksud yg sama ianya adalah tempat menyimpan padi. Cerita bakul semalam adalah berkaitan. Padi akan di angkut dan di simpan didalam rumah padi ini. Lantainya papan dan di alas dengan tikar. Rumah padi tidak bertingkap dan pintunya pula papan yg si selit melintang. Papan pintunya boleh di buka sekeping demi sekeping mengikut paras padi di dalamnya.

Gemal-gemal padi di simpan bertindeh-tindeh. Di bahagian atas rumah padi ini selalunya di buat para, di atas para ini di simpan bakul, tikar dan peralatan pertanian dan juga tempat pisang di peram.

Di bahagian luar juga di jadikan tempat menyinpan segala tajak dan cangkul dan peralatan tenggala dan di penjurunya selalu di gantung tali untuk menyimpan sabut. Sabut ini di gunakan untuk membakar kuih bengkang ubi kayu atau membuat kuih baulu atau kuih bakar semasa hampir hari Raya.

Tok Aki suka bermain di sekitar rumah padi ni, tiangnya rendah dan banyak tikus. kalau Tok Aki dapat tikus.... mati Tok Aki kerjakan. Kekadang Tok Aki akan ikat tengkoknya dengan tali dan di tarik merata tempat di mana Tok Aki bermain.

Selalunya di hujung musim menuai ni masih lagi musim panas. Hari sabtu da ahad Tok Aki x bersekolah. Pepagi lagi ibu Tok Aki dah mengomel minta Tok Aki dan Abang bangun menjemur padi. Abang Tok Aki selalu mengelak dari masuk kerumah padi..... bukan dia malas, tp kerana miangnya. Selalunya Tok Aki lah menjadi mangsanya masuk kedalam rumah padi dan mengambil beberapa gemal padi.

Abang Tok Aki telah membentangkan tikar dan gemal padi di tuang dari bakul ke atas tikar. Adek-adek yg masih berkelumbung ngan kain pelikat di sebabkan sejuk duduk mencangkung di sekeling tikar. Gemal padi selunggok di atas tikar. Lepas tu ibu Tok Aki mengambil kain batik dan di balut kepalanya mcm orang minang dan ibu mula menghirek gemal-gemal padi tu. Tok Aki pun hireklah bersama ibu......

Selepas selesai semua itu padi tadi di pindah kekawasan lapang utk di jemur..... rumah padi tadi di tutup semula...... selepas padi di jemur, ibu mengarahkan Tok Aki atau Abang menunggu padi jemuran ni supaya tidak di makan ayam. Ibu akan membawa adek-adek dan sebakul kain pergi kesungai utk di basuh dan adek-adek pula mandi bekejaran di sungai berpasir separas betis airnya....... nnti Tok Aki cerita pula menumbuk padi di malam hari.


No comments:

Post a Comment