Sunday, July 11, 2010

Bakul

Kadang-kadang Tok Aki ketawa sendiri bila dengan cucu-cucu Aki kata "masuk bakul angkat sendiri".... bila Tok Aki tanya cu.!!!!! bakul tu mcmana? masing-masing mengelingkan kepala.

Zaman Tok Aki sebaya kamu cu...., berbakti pada org tua adalah impian setiap anak.... Tok Aki akan berbuat apa saja denganhati yg ikhlas membantu Mak dan Ayah Tok Aki.

Zaman dulu, beras x beli..... kami tanam sendiri. Ada dua kaedah tanaman padi....satu padi sawah dan satu lagi padi huma. Bagi setiap satu koga orang Melayu, mereka ada sebidang sawah. Ia di tanam mengikut musim. Begitu juga padi huma. Tp padi huma atau padi bukit ni ia di tanam di tanah-tanah yg baru di teroka..... nanti Tok Aki akan ceritakan bila sampai masanya nanti. Hari ni kita cerita pasal bakul.

Bakul ni banyak di gunakan bila sampai musim menuai. Zaman Tok Aki mereka kreatif, semua bende di buat sendiri. Kita rasa malu kalau kita gunakan barang yg di buat oleh org lain. Bakul ni di buat dari "mengkuang atau pun rotan". Dia ada pelbagai saiz,..... dari saiz segantang hinggalah kepada saiz lima gantang. Dulu kita tak pakai mesinmcm sekarang menuai padi.... tp kita pakai kaedah mengetam....apabila kita maju sedikit cara berfikir....kita gunakan "tong memukul padi" lepas dua kaedah ni barulah kita gunakan mesin.

Semasa mengetam, ibu Tok Aki akan mengepit bakul ini di ketiak sebelah kiri..., sementara "ketaman" di buat dengan tangan kanan. Nanti Tok Aki akan tunjukan alatketaman ni. Apabila bakul dah berat, ibu Tok Aki akan letakan bakul ini kebawah dan tangkai padi ni cantum dan di ikat dengan menggunakan batang padi juge.....ikatan ini di panggil "gemal". Tok Aki suke mengambil batang-batang padi yg telah di ketam ni yg di panggil jerami dan Tok Aki jadikan serunai......

Apabila semua gemal padi tadi terkumpul, ia akan di pindahkan kedalam bakul yg lebih besar. Tok Aki akan membantu ibu mengangkat bakul ketas kepalanya, maka berjunjunglah bakul itu di atas kepala ibu Tok Aki. Ibu Tok Aki terrer tau..... dia boleh buat gaya bebas dengan bakul itu x payah di pagang. Sambil itu...Ibu mampu lagi mendukung adek bungsu Tok Aki nama Ridzuan, kini tinggal di Tawau Sabah.

Sampai di rumah padi ini bersama bakulnya akan di simpan dalam kebuk yang di panggil "Rumah Padi". Apabila hendak di jadikan beras....sekali lagi bakul di gunakan untuk membawa padi ini kelur dari rumah padi..... ibu akan bentangkan tikar dan padi ini Tok Aki akan pijak beramai-ramai bersama adek-adek.... proses ni di panggil menghirek padi. Selepas padi ni relai dari tangkainya... ia di masukkan kedalam bakul dan di jemur sebelum di tumbuk dengan lesung kaki atau lesung hindek..... nanti Tok Aki sambung lagi dengan cerita lesung kaki pula. Ini pantunnya mengenai padi.

Di irek hanyalah padi
Mari di irek si gadis desa
Yang baik hanyalah budi
Di kenang hanyalah jasa.

No comments:

Post a Comment