Saturday, July 17, 2010

Wau, padi dan sawah tidak dapat di pisahkan. Tok Aki teringatkan betapa gigihnya Almarhum dan Almarhumah Ayah dan Ibu Tok Aki mengerjakan sawah..... dengan beberapa peringkat kerja yang di aturkan.....nanti Tok Aki ceritakan bagaimana cara membuat sawah........

Hari ini cuti, Sekolah Agama Raayat juga masih cuti panjang..... selepas makan tengahari.... Tok Aki bermain dengan adek-adek sebentar. Apabila adek kecil Mohd. Ridzuan dan kembar Fadzil dan Fadzila juga tidur.... apa lagi... Tok Aki pun cawww.....la....

Mula-mula kami berkumpul di kedai Tok Yid. Apabila semua ada Tok Aki ngan kekawan pergi ke dewan dekat ngan rumah Cek Harun.... disini Tok Aki tengok orang telah ramai..... Tok Aki nampak Awang Salleh dan Khairi O sedang membetulkan peralatan muzik... lepas tu Tok Aki terdengar Suara Awang Salleh sedang mengalunkan lagu "Gelisah".... beralun-alaun gelisah Awang Salleh anak Tok Imam Musa...... kami juga gelisah....

Tetiba Seli anak Ismail Kelantan datang dan mengajak kami bertiga ke rumah Satazli.... katanya dah ramai orang kat sana.... kami pun berlari ke rumah buruk mengambil wau.... kami berlari di celah-celah tiang rumah dan lorong-lorong sempit berlalang ke rumah Satazli, memang ranai bebudak di sini.... katanya mereka tak suka dengan bunyi gitar yg bising....

Angin menderu bertiup lembut dan sesuai untuk bermain wau..... Abang Tok Aki mengambil wau dari tangan Tok Aki dan kemudian dia mengeluarkan benang yang baru di beli dari poketnya..... Tok Wak Musa pun ada.... waunya telah di naikan.... bunyi dengung (busur) yang di pasang di waunya boleh di dengar sampai ke Kampung Paya.

Abang Tok Aki minta Tok Aki bawa wau jauh kedalam sawah..... kemudian dia kata lonjak... bila dia kata lonjak barulah wau tu di lambung/dilepaskan dan denga angin yang kuat tu... sekejab saja Tok Aki nampak wau Tok Aki telah berada di awan....... oiiiiii..... syok sungguh Tok Aki melihat wau yang melenggok kekanan dan kekiri...... Abang bawa kalak benang ke kawasan teduh di bawah pokok getah di tepi sawah tu..... kemudian dia berikan kalak benang tu pad aTok Aki..... ohhhhhhhhh...... syoknya.... rasa nak terbang macam wau tu....

Tetiba Tok Wak Musa kata.... haaaa jom kita tarik wau turun.... tu dah hitam tu... nak hujan ni... sambil di amenunjukan sekumpulan awan hitam yang berlarak ke arah kami.... memang, tetiba je.. angin bertiup kencang.... wau Tok Wak menggunakan tali nyloon.... tapi wau Tok Aki pakai benang biasa je..... Tok Aki emnggulung dengan sabar... lepas tu Abang Tok Aki datang membantu mengguilung benang....

Laaaa........ tetiba Abang Tok Aki terkejut..... wau kita putus..... dengan angin yang kuat .... sekejab je..... wau yang Tok Aki buat sendiri ti hilang dari pandangan di bawa angin.... Tok Aki sedih..... Tok Aki menangis.... Abang Tok Aki memujuk Tok Aki..... katanya nanti esuk dia akan buat wau yg baru untuk Tok Aki...... Tok Aki sayang pada Abang Tok Aki.... sayang sesangat .... sampailah sekarang ni....... nanti kita jumpa dengan cerita membuat sawah padi......

Friday, July 16, 2010

Bangau Kurus

Bangau og bangau kenapa kamu kurus? bagaimana aku x kurus, ikan x mahu timbul....
ikan oh ikan kenape x mahu timbul? bagaimana aku nak timbul, kolam dalam sangat....
kola oh kolam kenape dalam sangat? bagaimana aku x dalam, org curi pasir.....
pasir oh pasir kenapa org curi kamu, bagaimana aku curi perut belum penuh......
perut oh perut kenape belum penuh? bagaimana aku nak penuh, banyak org kene jage....

orang oh orang kenape kene jage? bagaimana kalau x jage semua sangkut-sangkut.....
Sangkut oh sangkut kenape boleh sangkut? bagaimana tak boleh sangkut, lori habis minyak.

Lori oh lori kenape habis minyak? bagaimana tak habis minyak, minyak sudah mahal...
Minyak oh minyak kenape engkau mahal? bagaimana aku tak mahal, subsidi sudah tarak...
Subsidi oh subsidi kenape engkau tad de? bagaiman aku tak de. lu olang sapu banyak sangat,
Apasal lu sapu banyak sangat..... PRU 13 belum tentu menang...belum tentu menang....

Buat Wau Sendiri

Allahhuakbar......Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. selesai je solat subuh, ingatkan nak sambung tidur....tp Tok Aji Nali kata x baik tidur selepas subuh....katanya selimut kita tu bagaikan selembar kulit babi.....eiiii gelinya Tok Aki dengar pepagi ni.... Tidur di surau beramai-ramai sangatlah menyeronokan......

Semua org tua telah meninggalkan surau.... suasana masih gelap, Tok Aki dengan Abang Mahaiddin dan kekawan yang lain juga meninggalkan surau dan menuju kerumah masing-masing. Tok Aki berselisih dengan beberapa orang kampung yang hendak ke kebun getah masing-masing ada juga yang hendak ke sawah mengetam padi yang belum selesai.

Aki kenal mereka ini.....mula-mula turun dari surau tadi Tok Aki berjumpa ngan Makteh Yah mak Awang Juki dan Pek, Abang Leng, Pitte Maksum, Lebai Eden, Pakngah Ade, Pak Yob Amad dan ramai lagi.... Tok Aki dah sampai di hadapan tangga umah Tok Aki. Adek-adek Tok Aki..... kembar Fadzil + Fadzila dan Mohd. Ridzuan berkelumbung dengan kain pelikat yang hanya menampakan kepala sahaja.

Kesian Tok Aki melihat mereka...... Nasriah dan Fauziah sebuk bersama di dapor. Semalam mak dah beri tahu jangan pergi mana-mana hari ni. Kabus masih menyelubungi keseluruhan kampung.... jarak pandangan hanyalah kurang dari 40 kaki. Di kampung Tok Aki.... kami jarang mandi pagi..... air sungainya sejuk..... tengahari baru mandi.... Tok Aki tak nampak pun Ayah Tok Aki. Mungkin dah pergi berotan berengkali......nanti Tok Aki cerita orang kampung mencari rotan.

Bila kabus dan kurang....Zee ngan Marzuki pun sampai..... kami bertiga bergerak ke rumah buruk sebelah rumah Tok Aki... sekarang ni rumah ni diduduki oleh Moyang Chu. Buluh dan buah nonang pelekat yang di ambil semalam masih ada. Zee bawa pisau corek sementara Aki dan Marzuki bawa pisau dapor mak je. Buluh-buluh yang telah di belah kecil tu Tok Aki dan kekawan pilih dan di raut utk membuat rangka wau.

Kain buruk di lapek di atas paha dan buluh yg telah di pileh untuk membuat sayap wau di raut perlahan-lahan.... sayap wau mestilah lembut dan tulang belakanya pula buluh di raut agak besar sedikit dan keras. Tok Aki dan Marzuki buat rangka wau kemetek dan Zee buat wau bulan..... Zee memang pandai buat wau. Setelah buluh sayap dan tulang belakang wau telah siap...ianya di ikat menggunakan tali di bahagian-bahagian tertentu dan akhirnya siaplah rangka wau kami.....

Tetiba Abang Tok Aki datang dan memberi kami kertas kajang, ketas agak nipis dan rengan tp tahan..... air... kalau kene air pun dia cepat kering. Lepas tu Tok Aki menyapu gam dari buah nonang pelekat....buah ni sejenis buah yang sebesar buah cermai... kulitnya nipis dan warnanya kekuningan bila masak... kulitnya nipis... dan bijinya halus.... bila kita kopek kulit dengan kiku,,, maka nampaklah gamnya.... gam ini Tok Aki sapu pada rangka wau selepas itu di tempat yang rata lantainya, kertas ini di bentangkan dan rangka wau yag bergam tadi Tok Aki letakan di atas kertas ini. Secara mudahnya ia pun melekatlah.....

Lepas itu barulah lebihan kertas dari rangka wau ni di potong menggunakan gunting. Selesai proses ini, sekali lagi gam di sapu di tepi kertas yang di gunting tadi dan di lipat kertas tepi rangka wau seperti kita membalut rangkan wau. Lepas tu di biarkan seketika.... sementara menunggu gam kering.... Tok Aki membuat ekor wau..... panjang ekor lebih kurang 10 kaki.... setelah semuanya siap, maka teraju pun di pasang... wau kemetek teraju dua sementara wau bulan Zee berteraju tiga.

Kami menyimpan semua peralatan.... cuaca semakin panas.... matahari tercacak di ats kepala. Chu Selemah mak Marzuki dan Pek Maklong mak Zee talah beberapa kali memanggil suruh mandi.... kami berlarian kesungai.... sudah ramai orang di tebing sungai. Kami pergi di bahagian atas empangan.... airnya dalam separas leher Tok Aki..... di bahagian bawah empangan banyak orang perempuan bersama-anak kecil mereka. Tok Aki nampak tiada orang mandi di lubuk rambutan.....

Selesai mandi kami berlarian lagi balik kerumah masing-masing setelah berjanji untuk bermain wau pada sebelah petang nanti di sawah Pakteh Abas ......... nanti Tok Aki cerita wau putus pula.

Thursday, July 15, 2010

ISLAMKAH HITLER??


RAHSIA YANG DISEMBUNYIKAN


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini..

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat

Wednesday, July 14, 2010

Ini surau Bukit Berapit atau Surau Hulu.....orang kampung Aki panggil "manesah". Tepi suaru ni dulu ade court badminton dan di sebelahnya pula ade kedai runcit Wa Hassan.

Selesai tengok orang belajar silat di Gelanggang Cik Karim...kami pun menuruni bukit rumah Tok Piah pergi kesurau..... dulu-dulu Tok Aki berjalan tak pakai kasut. Sampai di surau Tok Aki basuk kaki di kolah surau.

Disebabkan hari dah jauh malam...ada yang terus tidur dan ada yang solat isyak. Dengan berbekalkan kain pelikat Ayah, tidurlah kami beramai-ramai.... mula-mula cerita esuk nak main apa.... lepas tu cerita nak tahan serindik.... lepas tu mulalah cerita hantu..... maka berebut rebutlah tak berani tidur tepi tingkap.

Atas tingkat ade jaring.... jaring ni boleh nampak kat luar. Tok Aki ambil tempat di tepi tingkap dan tak nampaklah kat luar. Sapa yang tidur di tengah dia akan nampak di luar jaring tu.... tetiba je Marzuki menjerit.... hantu,,,hantu,,,hantu.... semua kami menjadi amat takut. Tok Aki melihat ke luar jaring.... memang jelas ada lembaga putih di atas dahan nangka Tok Piah.... takutnya bukan kepalang.... Tok Aki rasa macam nak terkencing....

Kami semua berselimut berkelumbung dengan kain pelikat.... tp masih mengintai dari dalam selimut. Kemudian Tok Aki terdengar pohon nangka di goyangkan.... sambil mengilai-ngilai macam suara orang perempuan.... Zee kata itu sora langsuyur.... kami berimpun dan berpelukan.... tiba-tiba,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.................................................... Tok Aki terdengar ketukan di sekeling surau.... dalam hati Tok Aki berkata.... kenape hantu banyak sangat?

Selepas itu Tok Aki terdengar berderap "hantu" menaiki tangga surau...... dan ..... tetiba pintu surau di tolak dengan kuat (pintu tiada kunci) dan serentak ngan itu ...... hahhhhhhhhhhhh...... Tok Aki nampak dalam samar pelita minyak itu lembaga putij beberapa ekor menerkam kami . Tok Aki menjerit sekuat hati.... kami menjerit bergema memecah kesunyian Kampung Chepor yang mula dingin dengan embun yang mula turun dan kabus yang mula menyekat pandangan.

Rupa-rupanya.... Abang Tok Aki, Rajak, Abang Din Poik dan Pian Tok Mat Piah yang menjadi hantu..... maka bergomollah kami satu surau dengan kekawan Abang Tok Aki. Kemudian kami ketawa beramai-ramai..... lepas tu kami terdengar orang mengetuk dinding surau.... Tok Aki tak tau siapa..... sambil berdengus terdengar suara minta kami tidur..... katanya dan pukul 2 pagi.

Tak sampai 10 minit... semua kami diam membisu.... Tok Aki tak tahu jam berapa Tok Aki dan kekawan tertidur.

Rasanya lama Tok Aki tertidur.... sayup-sayup di hujung telinga Tok Aki.... Tok Aki terdengar sayup-sayup suara azan subuh.... rupanya dah masuk waktu solat subuh. Kami semua menggeliat kesejukan. Semua terjaga.... orang dah ramai di kolah surau mengambil wuduk.... tetiba Rajak Pak Teh Bahari kata.... sat lagi Tok Aji Nali naik... mari kita buat-buat tidur.... Tok Aki mengikut je.......

Kami semua tidur terlentang.... dan kami kepalkan kain di atas "anu tu" se olah-olah anu tu sedang marah..... maka bercacaklah "anu" kami hampir sepuluh orang tu.... memang betul .... tetiba terdengar salamdari Tok Aji Nali..... masyaAllah cucu oiiiiii.... heiiiiiii semua bercacak macam tiang pagar.... kata Tok Aji Nali sambil dia menghampiri kami dan di tepisnya "anu" kami.... apa lagi marah sayangnya pada kami.... hihhhhh Tok ingatkan sungguh.... rupanya kain sungutnya sendirian....sambil itu dia minta kami ambil wuduk.... kami ketawa beramai-ramai..... Tok Aji Nali pun ketawa.... terhinggut-hinggut badanya...... Al-Fathihah Tok.... Aki takkan lupa pada Tok dan Pek Aji....... nanti Aki cerita main wau di musim menuai di alin siaran................

Tuesday, July 13, 2010

Jam dah hampir 10 malam. Tok Aki dah selesai menolung ibu menumbuk padi. Sepas musim menuai ni, kat kampung Tok Aki banyak xtvt..... musim ni selalunya panas dan berangin. Semua kerbau yg di lepas di padang ragut akan di bawa balik ke kampung dan di lepaskan dlm petak-petak sawah.

Cahaya lampu dari gelanggang silat Cik Karim masih kelihatan dan sesekali suara tempikan pendekar sayup-sayup di bawa angin. Tok Aki minta kebenaran ibu untuk tidur di surau. Abang Tok Aki dah lama lesap. Selalunya dia bersama-sama kekawan yang lain belajar silat di gelanggang Cik Karim. Tok Aki naik kerumah ambil bantal masam dan kain gebar terus berlalu bersama kekawan Tok Aki ke surau.

Kami tinggalkan selimut dan bantal di atas surau. kami tidak ke bukit gelanggang silat.... tp kami terus ke kampung hulu. Tok Aki nampak orang ramai di sana, ayah Tok Aki pun ada sama. Tok Aki tengok ada dua kawah besar sedang mendidih..... ayah Tok Aki kata sedang menyemut gatal.....ini adalah istilah menandakan manisan dah nak masak.

Semasa musim menanam padi, di batas-batas sawah atau di tanah kosong di sekitar sawah akan di tanam dengan bermacam-macam tanaman. Tok Aki perhatikan, orang-orang kampung akan tanam.... timun, kacang panjang, cili, ubi kayu dan tebu....... apabila musim menuai hampir tiba...semua sayur-sayuran ini telah berbuah atau matang. Semasa padi sedang menguning... burung ciak amat banyak dan kita kene menunggu sawah-sawah ni....kalau tidak.... habislah di makan burung-burung ciak ni. Masa ini lah semua hasil petanian di tuai serentak.

Tebu-tebu yang matang di tebang dan di bawa pulang dan di tempatkan di kawasan mengapit tebu. Bangsal pengapit tebu ni dekat dengan rumah Pak Su..... guru pengajian Fekhah dan tauhid Tok Aki. Ade dua jenis pengapit tebu ni..... satu yang amat besar yang menggunakan tenaga kerbau untuk memusingkannya dan satu lagi yang menggunakan tenaga manusia.

Pengapit tebu ni di buat dari kayu yang keras. Dia terdiri dari 7 batang kayu. Dua batang bertindak sebagai tiang, dua lagi sebagai rasuk atas dan bawah sementara tiga lagi sebagai batang pengapitnya. Tok Aki suka masukkan tebu kecelah pengapit ni sementara kekawan Tok Aki akan memusing pengapitnya..... kekadang kayu panjang yang di jadikan batang "tuas" untuk memusing pengapit ni singgah ke kepala Tok Aki..... adoiiii sakit juga la.

Apabila tebu ni di kepit..... oooooo ni yang best. Tok Aki telan air liur melihat air tebu yang berhambur keluar dan meleleh masuk kedalam tempat tadahan. kain putih yang di buat penapi stelah kehijauan...... selepas itu air tebu ni akan di masukan kedalam kawah...... mana-mana orang kampung yg tidak bertebu tu akan datang menolung atau membawa ubi kayu yang telah di bersihkan.....ubi ni di masukan kedalam raga yg di buat dari kulit bemban. Kemudian di rendamkan kedalam kawah yg sedang mendidih tu.

ubi yg puteh tadi telah menjadi perang..... apabila masak..... sukar Tok Aki nak ceritakan kelazatannya...... kopi tumbuk adalah minuman wajib semasa menunggu manisan masak.

Sel,epas minumkoipi dan makan ubi rebus manisan.... Tok Aki beritahu ayah Tok Aki yang kami akan tidur di surau........ Tok Aki bersama kawan beredar dari kawasan mengapit tebu.... dalam perjalanan ke surau kami menyimpang ke gelanggang silat Cik Karim..... hari ni Tok Aki tengok mereka belajar bermain senjata. dalam cahaya apai "jamung" tu Tok Aki nampak Abang Tok Aki tersandar di penjuru kelanggang. Tok Aki risau juge tengoknya..... rupanya di dia kepenatan..... Tok Aki pun kepenatan..... sekali lagi Tok Aki, Zee, Marzuki, Hamidi dan adek Awang beredar dari sini menuju ke surau......... okey...... nanti Tok Aki cerita lagi...."tidur di surau"........

Monday, July 12, 2010

HUTANG DARAH BELUM DIBAYAR


Dipetik Dari http://www.btdm.net/menarik3.html

Hutang Darah Belum Berbayar

Penulis: Lt Kol Hj Ab Aziz Ahmad (Bersara)


Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah tepat.

Namun, pandangan dan seruan segelintir rakyat Malaysia yang buta sejarah, telah memperjuangkan permohonan Chin Peng dan telah membangkitkan api kemarahan ramai rakyat Malaysia yang patriotik.

Terdapat golongan muda yang lahir semasa negara sedang menikmati kemajuan pesat serta aman damai dan tidak memahami jerih perih serta pengorbanan keringat, darah dan air mata, pemimpin, rakyat khasnya anggota pasukan keselamatan semasa memerangi pengganas komunis dahulu, terkeliru dengan seruan beberapa pemimpin politik yang kini memberi sokongan kepada Chin Peng.

Bagi menegakkan agenda politik yang songsang, beberapa pemimpin politik cuba mendesak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air atas dasar peri kemanusiaan.

Mereka menyatakan Chin Peng juga patut dimaafkan kerana kini telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.

Ideologi komunis dikatakan adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang.

Walau kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan tumbuh semula. Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989, PKM telah meletak senjata dan bersetuju kembali kepangkuan masyarakat.

Namum seperti yang diakui sendiri oleh Chin Peng, bahawa mereka hanya menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk meletak senjata dan kembali kepada masyarakat tetapi tidak sekali-sekali memberi persetujuan untuk membubarkan PKM atau menggugurkan ideologi komunis mereka.

Perjanjian Damai Hatyai

Sebelum Perjanjian Damai Hatyai, kerajaan pernah memberi peluang kepada PKM untuk menyerah diri. Pertama kali semasa Rundingan Baling pada tahun 1955 dan seterusnya sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Namun kedua-dua peluang telah ditolak oleh Chin Peng walaupun ramai anggota PKM yang lain telah menerima perlawaan tersebut, telah meletak senjata dan kembali kepada masyarakat ketika itu.

Perjanjian Damai di Hatyai telah diadakan sebanyak tiga pusingan bermula pada Mac 1989. Setelah tamat pusingan ketiga pada 1 Disember 1989, Chin Peng tetap tidak mahu membubarkan PKM, namun empat perkara pokok yang telah dipersetujui ialah:

Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan dengan serta-merta selepas menandatangani perjanjian.

Kedua: PKM perlu membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga: Penempatan di Malaysia. Anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia dibenarkan. Anggota yang bukan berasal dari Malaysia tetapi memilih untuk tinggal di Malaysia juga dibenarkan. Anggota PKM yang memilih untuk tidak kembali ke Malaysia, dibenarkan oleh kerajaan Thailand tinggal di beberapa perkampungan khas di Selatan Thailand.

Keempat: Bantuan oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan Malaysia akan membantu anggota PKM yang kembali ke pangkuan masyarakat untuk memulakan kehidupan baru dari segi perumahan, pekerjaan dan kewangan.

Setelah termeterai Perjanjian Damai Hatyai, dalam tempuh satu tahun yang diberikan, seramai 442 bekas ahli PKM telah memohon untuk kembali ke Malaysia dan seramai 406 daripada mereka telah menghadiri temu duga.

Kesemuanya 338 bekas ahli PKM yang memenuhi syarat dan lulus temuduga telah diterima kembali untuk tinggal di Malaysia. Kesemua mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk memulakan kehidupan baru di bumi Malaysia yang aman makmur.

Asal Usul Parti Komunis Malaya

Komunisme yang dicetuskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, merebak dengan pesat ke negara lain seperti Russia dan China sebelum tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an.

Ajen komunis yang begitu aktif berjaya menanamkan ideologi tersebut kepada rakyat Tanah Melayu khasnya kaum Cina dan PKM yang ketika itu adalah cabang Parti Komunis China, ditubuhkan pada tahun 1930 di Tanah Melayu.

Pada tahun 1934 seramai hampir 10,000 kaum Cina di Tanah Melayu telah menyertai PKM. Chin Peng menyertai PKM pada tahun 1940 semasa baru saja berumur 18 tahun.

Menjelang pendaratan tentera Jepun di Singapura, Tentera British yang menyedari PKM adalah anti-Jepun, telah mula melatih secara intensif seramai 165 anggota sayap bersenjata PKM dalam ilmu perang gerila di 101 Special Training School, di Tanjong Balai dekat muara Sungai Jurung di Singapura pada tahun 1941.

Di samping latihan perang gerila khasnya cara melancarkan serang hendap, anggota sayap bersenjata PKM juga dibekalkan dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan radio, bahan makanan dan kewangan untuk bekalan selama tiga bulan.

Pada 3 Januari 1942, tentera British juga telah menubuhkan satu lagi pusat latihan gerila untuk sayap bersenjata PKM di 102 Special Training School di Sekolah Cina Chunjin di Kuala Lumpur.

Semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera Jepun, sayap bersenjata PKM yang menentang tentera Jepun dalam pasukan Malayan People‘s Anti- Japanese Army (MPAJA), terus dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (kini Sri Lanka) dan India, dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan kewangan.

Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun.

Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British yang telah kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua senjata, peluru, bahan letupan dan peralatan radio wireless.

Sayap bersenjata PKM enggan meletakkan senjata serta enggan memulangkan semua senjata, peluru, bahan letupan serta peralatan wireless radio dan bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu.

PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960. Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari Malysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan ketiadaan tentera British akan melemahkan pasukan keselamatan negara, meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.

'Bintang Tiga Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu’

Peristiwa 14 Hari. Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh Tanah Melayu selama 14 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Mereka hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar, pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang Melayu yang menentang mereka.

Sejurus selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah Melayu.

Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak.

Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun.

Sebelum itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah dipatahkan oleh Pasukan Force 136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ).

Di Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945.

Gerila Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran “Singa” oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas Richardson yang dikenali dengan nama samaran ‘Kiwi’.

Sementara itu di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk mengawal ketiga-tiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis sementara menunggu kedatangan British Military Administration.

Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral ).

Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis.

Tanpa bukti yang nyata serta memakai ‘Law Of The Jungle’ hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet.

Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.

Perebutan Bandar Lenggong

Pekan Lenggong, di Hulu Perak, mempunyai sejarah tersendiri selepas tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Sejurus selepas tentera Jepun meletak senjata, gerila Bintang Tiga (sayap bersenjata PKM) telah mengambil kuasa di Pekan Lenggong.

Selang beberapa hari di bawah kuasa Bintang Tiga, gerila Bintang Satu ( Parti Kuamintang ) yang sangat aktif di Hulu Perak menentang tentera Jepun, telah merampas kuasa daripada gerila Bintang Tiga.

Selain memusuhi tentera Jepun, gerila Bintang Tiga dan Bintang Satu juga bermusuhan dan antara mereka sering berlaku pertempuran akibat berbezaan ideologi komunis yang bermula di negara China lagi.

Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu.

Kehadiran pasukan gerila Melayu Force 136 telah mengembalikan keamanan di Pekan Lenggong. Ramai penduduk Pekan Lenggong serta daripada kampung-kampung sekitar, telah keluar beramai-ramai mengalu-alukan ketibaan pasukan gerila Melayu Force 136. Semasa gerila Bintang Tiga berkuasa selama beberapa hari di Lenggong, ramai penduduk Melayu Lenggong telah dibunuh dengan kejam dan ramai lagi yang diseksa dengan teruk oleh gerila Bintang Tiga.

Gerila Bintang Tiga dikatakan ingin membalas dendam terhadap penduduk Melayu yang dikatakan telah bersubahat dengan tentera Jepun, walhal, ramai penduduk Pekan Lenggong telah menyertai atau menyokong pasukan gerila Melayu Force 136 menentang tentera Jepun di Hulu Perak dan ramai yang terkorban dan cedera.

Malah beberapa penduduk Hulu Perak yang disyaki menyertai atau membantu pasukan Force 136 telah diseksa oleh tentera Jepun hingga mati dan beberapa kampung turut dibakar.

Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu

Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British telah mengenepikan PKM.

Setelah usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal, PKM merubah strategi kepada pendekatan keganasan.

PKM mula melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka.

Dalam pada itu PKM juga cuba mensabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakut-nakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh.

Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah mengharamkam PKM dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya tamat pada tahun 1960 selepas PKM berundur melintas sempadan mencari perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. Keganasan dan Kekejaman PKM

Di sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua PKM 1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman dari utara hingga ke selatan Semananjung Tanah Melayu serta di Sarawak.

Seramai 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak atau terkena jerangkap samar.

Sementara itu seramai 2,588 orang awam turut terkorban dan seramai 1,490 lagi cedera oleh angkara pengganas komunis. Bagi menunjukkan kebangkitan semula PKM, pengganas komunis telah menyerang hendap sebuah konvoi pasukan keselamatan di jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968.

Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengabuli mata pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa PKM hanya aktif di kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar.

Bagaimanapun, pertempuran di Hutan Sinpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa PKM sudah jauh melintas sempadan.

Antara keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak pada tahun 1946 ketika PKM mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk Melayu.

Oleh sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda PKM yang cuba menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga Kamaluddin Noh.

Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak diketahui samaada hidup atau mati.

Dalam satu lagi keganasan pengganas komunis ketika ‘Peristiwa 14 Hari’ berlaku di Kampung Perigi Jernih……… pada September 1945. Seorang penduduk kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.

Dalam tahun1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.

Rumah di kampungkampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko telah dibakar hangus.

Di Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan dibakar bersama rumah mereka.

Satu lagi peristiwa keganasan pengganas PKM berlaku kepada orang kampung dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya.

Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun.

Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato’ Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina.

Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 pengganas komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas bangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap seorang penduduk bernama Bahadun.

Bahadun adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato’ Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba menggunakan pistol.

Oleh kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah dapat ditangkap.

Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan diikat dekat kepala jambatan.

Badan mereka bertiga telah dikelarkelar oleh pengganas komunis dan dicurah dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis telah menembak mereka bertiga hingga mati.

Sebenarnya terlalu banyak kejadian keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk awam untuk diceritakan.

Mungkin seratus buah buku tidak cukup untuk menceritakan segalanya.

Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.

Isteri, anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang.

Penutup

Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan.

Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras.

Masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu.

Bekas anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan perjuangan PKM.

Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin.

Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan.

Kita tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita.

Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Pengganas komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974.

Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru.

Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas.

Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera.

Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar.

Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta.

Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka.

Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.